Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.
Tentang sayer la
Blog Archive
Facebook Badge
Gambar pilihan bulan nih
Dah berapa dah??
Blog Archive
klik la
Terapi jiwa
lalu lalang di sana sini
Subscribe
Dijana oleh
Direka Khas Untuk:
Elyas's Family
5/11/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Open Cbox
Sehari sepotong ayat
Sehari sepotong hadith
tiada yang lain
Perlukan kamus??
Penafian dan peraturan!
Semua Cerita Di Dalam Blog Ini Merupakan Pandangan Peribadi Penulis Dan Tidak Mewakili Mana-Mana Pihak. Semua Cerita Berkisar Mengenai Kehidupan Peribadi Penulis. TIDAK ADA KENA MENGENA Dengan Orang Lain KECUALI Penulis Dengan Jelas Menulis Nama Atau Menyiarkan Gambar Sesiapa. Anda Boleh Mengambil Apa-Apa Maklumat Yang Berguna Untuk Tujuan Dakwah. Selain Berdakwah, Anda DILARANG!
Ini kataku
Bersatulah wahai saudara-saudaraku!!!!!
Janganlah engkau binasa kerna politik yang dicanang,
dan juga bukan kerna taraf mahu pun kedudukan,
Kita adalah sama,
Sedang diperhatikan dan sentiasa dirakam,
Mahukah engkau menyesali akan kemudian hari,
Taktala itu engkau berada betul-betul di atasnya?
Mahukah engkau merayu itu dan ini?
Taktala itu rasa belas dan kasihan tidak lagi berguna?
Sedarlah.....
Mohonlah ampun,
Kerna kita adalah sama.
mari follow blog ini
Photo Area
My Blog List
-
-
-
-
-
-
IBADAT PUASA12 years ago
-
:)14 years ago
menuju Allah
perhatian semua!! ini adalah harapanku
Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"
0 comments:
Post a Comment
Tahniah kerana 'mengomen' hehehe...