Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

1/30/12

Anda Stress??


Assalamualaikum semua..... (^_^)!

Korang2 pernah rase stress tak?? huhuhu... Aku pernah!!! (sambil angkat tangan). Haha... Biase la kan? Dah namanya hidup. Kalau mati xde stress2 dah. Sebabnya kita dah xleh nk buat ape pun kalau dah mati. Setuju? Xyah la angkat tangan.... Turun2!! Hahaha...

Okey. Entry kali ni aku nk share nk korang mengenai bagaimana ISLAM mengajar apabila kita semua ni menghadapi sesuatu tekanan.... Ada lima (5) tau....

KEIMANAN
Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

TADABBUR
Ok, mmg la benar kita semua ni tidak ada daya untuk melihat Allah. Akan tetapi kita mempunyai bukti2 kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyanyangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan pula manusia macam kita semua nih... Iaitu sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.

ZIKIR
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." [surah al-Ra'd 13:28]

BERIMAGINASI
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita semua nih untuk ke sana?? Bagaimana harus kita ke sana?? Oleh itu, Syurga boleh dijadikan sebagai motivasi supaya kita semua ini lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

DOA
Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata iaitu doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina." [surah al-Mu'min 40:60]

Hehehehe.... Ok?? Boleh kita sama2 praktis kan..... Stress itulah yang mewarnai kehidupan kita. Stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stress. Sedikit stress diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan pula berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah..




p/s: Dulu kalau stress semua orang aku nk belasah! Hahaha... Dulu la... Sekarang? Alhamdulillah tidak. :p

1/18/12

PESAN DI AMBANG FITNAH

Sebelum engkau melangkah,
Dengarkan pesan ini,
Yang dititip dari zaman Sulaiman,
Hingga ke penghujung zaman.
Apakah dia yang kau gerun,
Sedangkan Allah adalah pelindung.
Apakah dia yang kau lupa,
Sedangkan semua konspirasi dunia dia yang merencana.
Apakah dia yang kau sokong,
Sedangkan dia pembinasa rohani dan jatidiri.
Apakah dia yang kau cuba lari,
Tanpa kau sedari jajahan takluknya segenap penjuru bumi.
Apakah dia yang kau angkat menjadi raja,
Sedangkan tempoh pemerintahannya hanya 40 hari saja.
Apakah dia yang kau cuba tentang,
Sedangkan ajalnya ditangan al masih ibnu Maryam.

Tunggulah saat dan ketikanya bila dia menjajah dunia,
Kelak baru kau tahu betapa kelam sudah bermula.
Hanya penjuru Makkah dan Madinah disekat segala langkah.
Kau lelah dalam segala fitnah,
Kau lolos dalam kesabaran,
Semua teruji bila gendang tarinya berbunyi.
Inilah ujian atas iman,
Inilah ujian keyakinan,
Amat hebat dan menggetarkan,
Yang belum pernah dibayangkan,
Yang paling dasat pernah diberitakan.

Setiap nabi berpesan waspada jangan kau leka,
Ketika zaman menghampirinya kita lupa.
Ketika dia tampil persiapan sudah tidak berguna,
Maka dia muncul ketika kita tidak bersedia.
Dia datang bagai ribut dan taufan,
Belum sempat kita memaut anak dan keluarga,
Habis semua dibawa pergi.
Membawa ke alam illusi fantasi,
Habis roboh kota iman,
Habis runtuh benteng keyakinan,
Yang tinggal hanya nafsu dan tipudaya,
Hanya menanti cahaya al masih Ibnu Maryam.
Dalam diam, tafakkur dan zikir,
Selamat datang zaman fitnah dan kekacauan,
Selamat tinggal kerapuhan iman,
Selamatlah kamu semua mengharungi mehnah dan cabaran.

Muhammad Nurani Maarif
Ramadhan 1429

 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"