Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

10/11/12

Ada orang tersepit, tapi masih mampu berlari. Memang hebat!





Assalamualaikum semua (^^)!.......................... 

Moga2 hari ini adalah hari yang baik buat anda semua. Alhamdulillah.. Kali ini saya nak bercerita. sekadar bersembang-sembang dengan anda semua. Mengantuk sebenarnya ni... Kurang tidur. Jam 330 pagi barulah boleh terlena. Agak2nya la.... Alhamdulillah.... Usai sudah kerja-kerja menyiapkan laporan untuk dihantar ke Ibupejabat. Mudah2an 4 buah report tersebut sampai dengan selamatnya ke HQ. "Pakcik PosLaju... Hati2 yer... :D"

Terfikir juga kadang2 tu terkejar2 dalam menyiapkan sesebuah laporan apabila diminta oleh HQ. Sebenarnya tidaklah susah dalam menyediakan laporan tersebut akan tetapi semuanya bermain dengan masa. Di negeri bukan satu atau dua kes yang perlu disiasat, melibatkan beberapa kes, yang menyukarkan dan melambatkan dalam penyediaan laporan adalah keperluan mendapatkan maklumat sokongan terhadap laporan itu. Tapi tidaklah boleh hanya tahu menudingkan jari ke sana sini. Hidup toleransi perlu menjadi asas. Mudah2an saya istiqamah.




Bercerita berkaitan istiqamah ini, hati perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif. hati BOMBA kami tersentuh. (^^") Sob...sob...sob.... Terima kasih kepada yang menghargai kami dalam usaha kami menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara. Kadang2 terdengar juga bisik2 halus masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawab khususnya keperluan kami dihati masyarakat. Pandangan sesetengah individu yang kadang2 menyakitkan hati2 kami. Memang betul kami ini hanyalah insan yang "tidak penting tapi perlu" sepertimana pernah disebut2 oleh tokoh politik dan ekonomi tersohor suatu ketika dahulu dalam pembentangan belanjawan negara Malaysia. Terima kasih.... Apa2 pun buat rakan2 seperjuangan di luar sana, teruskan berbakti kepada mereka yang berada disekeliling kita kerana Allah SWT. Hidup kita ini menujuNya mudah2an Dia kasihan dan simpati ke atas kita. Implikasinya, kehidupan kita lebih bermakna, tenteram, yang paling penting hidup mendapat keberkatan dariNya. Jadi "sabar dan ikhlas" hendaklah sentiasa disemai dalam diri kita.



Sekadar halwa telinga memang sedap dan menghiburkan bila dapat mendengar lagu "Ingat 5 sebelum 5 " dendangan Kumpulan Nasyid Rabbani. Jika kita mampu mengambil pengajaran dalam setiap tingkahlaku seharian kita alangkah bagusnya.. Mari.... Kita sama2 menyanyi.... :D

.
.
.
.
.
Duhai teman dan tuan-puan
Mari kita berpesan-pesanan
Baik lelaki juga perempuan
Duduk di kampung atau di pekan

Zaman ini zamam kemajuan
Kebendaan menjadi ukuran
Hidup saling bersaingan
Jika lalai tinggal sendirian

Nabi junjungan pernah berpesan
Agar hidup ada pegangan
Semak selalu jangan lupakan
Agar tak susah di hari kemudian

Kena diingat lima perkara
Sebelum tiba lima perkara
Aaa... aaa...
Semoga hidup aman bahagia

Waktu lapang buatlah amalan
Sebelum sibuk pelbagai urusan
Isilah dengan amal kebajikan
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran

Waktu senang beringatlah
Sebelum tiba waktunya susah
Jika datang ancaman musibah
Mampu bersedia selesai masalah

Bila sihat jagalah badan
Sebelum derita sakit tak keruan
Kawallah makan untuk kesihatan
Ringan ibadah nak dikerjakan

Jika kaya bermurah hati
Dapat pahala menolong orang
Aaa... aaa...
Jikalau miskin apa pun tak ada

Waktu kita hidup di dunia
Sediakan bekalan sebelum mati
Walaupun susah banyak halangan
Tabah dan sabar Allah kan sayang

Ingat-ingat kita semua
Jangan mudah sombong diri
Insafilah pesanan ini
Untuk kita suluh diri

Semoga lembut hati kita
Untuk taat dan berbakti
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali

.
.
.
.

Sesungguhnya, kita hendaklah sentiasa berserah diri kepadNya. Ya Allah.... Mudahkan urusanku dan lindungilah ahli keluargaku Ya Allah..

0 comments:

Post a Comment

Tahniah kerana 'mengomen' hehehe...

 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"