Assalamualaikum semua (^^)!..........................
Moga2 hari ini adalah hari yang baik buat anda semua. Alhamdulillah.. Kali ini saya nak bercerita. sekadar bersembang-sembang dengan anda semua. Mengantuk sebenarnya ni... Kurang tidur. Jam 330 pagi barulah boleh terlena. Agak2nya la.... Alhamdulillah.... Usai sudah kerja-kerja menyiapkan laporan untuk dihantar ke Ibupejabat. Mudah2an 4 buah report tersebut sampai dengan selamatnya ke HQ. "Pakcik PosLaju... Hati2 yer... :D"
Terfikir juga kadang2 tu terkejar2 dalam menyiapkan sesebuah laporan apabila diminta oleh HQ. Sebenarnya tidaklah susah dalam menyediakan laporan tersebut akan tetapi semuanya bermain dengan masa. Di negeri bukan satu atau dua kes yang perlu disiasat, melibatkan beberapa kes, yang menyukarkan dan melambatkan dalam penyediaan laporan adalah keperluan mendapatkan maklumat sokongan terhadap laporan itu. Tapi tidaklah boleh hanya tahu menudingkan jari ke sana sini. Hidup toleransi perlu menjadi asas. Mudah2an saya istiqamah.
Bercerita berkaitan istiqamah ini, hati perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif. hati BOMBA kami tersentuh. (^^") Sob...sob...sob.... Terima kasih kepada yang menghargai kami dalam usaha kami menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara. Kadang2 terdengar juga bisik2 halus masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawab khususnya keperluan kami dihati masyarakat. Pandangan sesetengah individu yang kadang2 menyakitkan hati2 kami. Memang betul kami ini hanyalah insan yang "tidak penting tapi perlu" sepertimana pernah disebut2 oleh tokoh politik dan ekonomi tersohor suatu ketika dahulu dalam pembentangan belanjawan negara Malaysia. Terima kasih.... Apa2 pun buat rakan2 seperjuangan di luar sana, teruskan berbakti kepada mereka yang berada disekeliling kita kerana Allah SWT. Hidup kita ini menujuNya mudah2an Dia kasihan dan simpati ke atas kita. Implikasinya, kehidupan kita lebih bermakna, tenteram, yang paling penting hidup mendapat keberkatan dariNya. Jadi "sabar dan ikhlas" hendaklah sentiasa disemai dalam diri kita.
Sekadar halwa telinga memang sedap dan menghiburkan bila dapat mendengar lagu "Ingat 5 sebelum 5 " dendangan Kumpulan Nasyid Rabbani. Jika kita mampu mengambil pengajaran dalam setiap tingkahlaku seharian kita alangkah bagusnya.. Mari.... Kita sama2 menyanyi.... :D
.
.
.
.
.
Duhai teman dan tuan-puan
Mari kita berpesan-pesanan
Baik lelaki juga perempuan
Duduk di kampung atau di pekan
Zaman ini zamam kemajuan
Kebendaan menjadi ukuran
Hidup saling bersaingan
Jika lalai tinggal sendirian
Nabi junjungan pernah berpesan
Agar hidup ada pegangan
Semak selalu jangan lupakan
Agar tak susah di hari kemudian
Kena diingat lima perkara
Sebelum tiba lima perkara
Aaa... aaa...
Semoga hidup aman bahagia
Waktu lapang buatlah amalan
Sebelum sibuk pelbagai urusan
Isilah dengan amal kebajikan
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran
Waktu senang beringatlah
Sebelum tiba waktunya susah
Jika datang ancaman musibah
Mampu bersedia selesai masalah
Bila sihat jagalah badan
Sebelum derita sakit tak keruan
Kawallah makan untuk kesihatan
Ringan ibadah nak dikerjakan
Jika kaya bermurah hati
Dapat pahala menolong orang
Aaa... aaa...
Jikalau miskin apa pun tak ada
Waktu kita hidup di dunia
Sediakan bekalan sebelum mati
Walaupun susah banyak halangan
Tabah dan sabar Allah kan sayang
Ingat-ingat kita semua
Jangan mudah sombong diri
Insafilah pesanan ini
Untuk kita suluh diri
Semoga lembut hati kita
Untuk taat dan berbakti
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Mari kita berpesan-pesanan
Baik lelaki juga perempuan
Duduk di kampung atau di pekan
Zaman ini zamam kemajuan
Kebendaan menjadi ukuran
Hidup saling bersaingan
Jika lalai tinggal sendirian
Nabi junjungan pernah berpesan
Agar hidup ada pegangan
Semak selalu jangan lupakan
Agar tak susah di hari kemudian
Kena diingat lima perkara
Sebelum tiba lima perkara
Aaa... aaa...
Semoga hidup aman bahagia
Waktu lapang buatlah amalan
Sebelum sibuk pelbagai urusan
Isilah dengan amal kebajikan
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran
Waktu senang beringatlah
Sebelum tiba waktunya susah
Jika datang ancaman musibah
Mampu bersedia selesai masalah
Bila sihat jagalah badan
Sebelum derita sakit tak keruan
Kawallah makan untuk kesihatan
Ringan ibadah nak dikerjakan
Jika kaya bermurah hati
Dapat pahala menolong orang
Aaa... aaa...
Jikalau miskin apa pun tak ada
Waktu kita hidup di dunia
Sediakan bekalan sebelum mati
Walaupun susah banyak halangan
Tabah dan sabar Allah kan sayang
Ingat-ingat kita semua
Jangan mudah sombong diri
Insafilah pesanan ini
Untuk kita suluh diri
Semoga lembut hati kita
Untuk taat dan berbakti
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
.
.
.
.
Sesungguhnya, kita hendaklah sentiasa berserah diri kepadNya. Ya Allah.... Mudahkan urusanku dan lindungilah ahli keluargaku Ya Allah..
0 comments:
Post a Comment
Tahniah kerana 'mengomen' hehehe...