Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

10/9/12

Muhasabah

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ....................(^_^)!

Al-kisahnya.....
 
Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut bertanya kepada budak tersebut:

Orang tua :  Mengapa kamu menangis?
Budak :   Duit saya hilang.
Orang tua :   Berapa jumlah duit kamu yang hilang?
Budak :   50 sen pakcik.. (masih terus menangis)

Kerana kasihan melihat budak itu terus menangis, lelaki tua tersebut menyeluk poketnya dan memberikan syiling 50 sen kepada budak tersebut.    

Orang tua :   Nah, ini sebagai ganti duit kau yang hilang! Sudah, jangan menangis lagi. (memujuk dan terus memujuk)

Namun, lelaki tua tersebut berasa aneh apabila mendengar tangisan budak itu semakin kuat. Dia berasa sungguh pelik. (sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal)

Orang tua :   Apa pula kali ini? Bukankah duitmu telah pakcik ganti?
Budak :   Kerana itulah saya menangis pakcik. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya ada seringgit sekarang. Tapi kini cuma ada 50 sen saja.

Budak tersebut terus menangis lalu meninggalkan orang tua itu terpinga-pinga keseorangan.


Pengajaran (^^)........

Hitunglah kesyukuran bukan kesukaran. Bersyukur akan membanyakkan nikmat yang sedikit, menyelamatkan daripada kekufuran, merapatkan hubungan dengan Allah dan sesama insan dan akan melahirkan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. 

Orang yang bersyukur ialah orang yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan. Dan orang tersebut sahajalah yang sanggup memberi. Manakala orang yang sentiasa merasakan serba kekurangan tidak akan mampu memberi. Hanya apabila manusia memberi barulah segala yang ada dalam kehidupannya akan menjadi subur. Ingatlah, kejayaan, kekayaan, kebahagian dan ketenangan hamba yang bersyukur akan digandakan.

Lihatlah betapa indahnya perumpamaan yang Allah nyatakan dalam al-Quran bagi hambaNya yang sudi memberi, maksudnya :

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui." - Surah al-Baqarah 2:261

Bersyukurlah, nescaya kehidupan dunia dan akhirat kita menjadi subur........


 



p/s : Mudah2an kita boleh ambil pengajaran bersama. :D

0 comments:

Post a Comment

Tahniah kerana 'mengomen' hehehe...

 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"