Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

12/28/10

Anak ayah

Salam semua......... (^ ^)!

Malam ni layan picca2 Qaireen.... Rindu mungkin. Pastu tadi try la edit2 pica gna photoscape. Ok la gak..... Tuk org yg baru nak belajar cm aku neh, hehehee..... Ni la hasilnya aku menggunakan perisian photoscape... Komen la klu brani!!! Kikikiki....

[ Nur Qaireen Kaiyisah ]


12/19/10

Qaireen dah besar...

Salam semua.............. (^ ^)!

Alhamdulillah..... Moga kalian semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. So ape yg nk diceritakan di sini? Hmmmm..... Jumaat tadi (17-12-2010) kami kt akademi ni diizinkan pulang bercuti. Wah!!! Bukan main seronok kalau dapat balik nih.... Lame gak aku x balik. Last balik ari2 rsenye mase raya haji. Time tu Qaireen x pandai duduk lagi. cume gigi bawah je dah tumbuh 2 batang. Tapi balik kali ni, Qaireen dah pandai macam2. Hehehehe......

Dia pandai ape erk?? Hmmmm..... Nak tau? Dia ni dah pandai duduk. So xla lenguh nk dukung dia je. Kikiki..... Gigi atas pun dh tumbuh 2 batang. (2+2=4) Kikikikiki...... Sangat comel!!! (puji ank sendiri.. :p) Seronok dapat balik kali nih..... Puas bermain ngn Qaireen. X sabar nk blk jmpe lagi lain kali... Rinduuuuuuuuuuuuuu............

Qaireen masih xmo nk mkn sgt. Masih ngn susu ibunya yg sedap xde dijual dimana2. Hehehe.... Susu terbaik dalam dunia!!! Terima kasih Ya Allah!!!! Kerna nikmat-Mu yang tak pernah Engkau kurangkan kepada hamba2Mu..... Hmmm.... Ape pun.... Korang layan la picca2 yg sempat dirakam nih..... Ayah rindu Qaireen tau!!!! Dadiduuu.......














12/17/10

Bahagian Penyiasatan Kebakaran

Halooooooolulaaaaaa..... =)
Assalamualaikum......

Salam korg......... Ari ni kitorg g melawat Bahagian Penyiasatan Kebakaran kt area Bukit Jelutong.... Agak menarik jgk la.... Forensik Bomba. Hmmmm...... ok. Pape pun layan picca ni yaa.... Dadiduuuu..... ;p


[ tu bkn arak lak. pe org pggil? Molokov?? Kot la.. ]

[ skng ni dh tukar dah.... "Fast & Friendly" ]

[ Lama x tgok bnda nih!! Last skali time form 5. Huhuhu... ]

[ MCDC kot nama bnda ni td.... Leh pusing2... ]

12/16/10

Bomba oh bomba



Salam..... Hmmm.. Agak lama rasanya aku tak update blog nih. Kebizian dalam urusan latihan di Akademi ni mmg sering mencemburui ruang untuk menulis di ruangan ini. Ceehhhhh.... Poyo!! Hahaha.... Ape pun, buat teman2 di akademi, teruskan usaha dan cekalkan mintal!! Mental jangan koyak daaa...........

Teman2 yg bukan dr JBPM, dok akademi ni mmg best sebenarnya. Makan di tanggung, tempat di bagi lagi, gaji msuk tiap2 bulan penuh, de elaun umah, COLA dapat..... Hahaha... Tak ke best namenye tuh? Kikikiki.... Yang x bestnyerr, rse cm dlm penjara jer.... Xleh nk kua jln2 cm org laenn... Huhuhuhuu....

Tapi banyak gak aktiviti yang best2 dlm akademi nih. Ari tu kami g panjat Bukit Kutu. Menggeletoorrr lutut ni dibuatnya.... 3456 kaki dari aras laut. Hmmmm..... Terletak kt area2 kampung orang asli. Kampung Pertak. Hulu Selangor punya kawasan jgk la..... Sebelum naik tuh, camping dulu kt kaki bukit. De air terjun. Best gak tempat tuh.... Ingat 1day nnt nk bwk wife ngn ank g mndi sne... Sejuk n boleh la wat riadah family.

Buat pengetahuan korang sume, aku adalah orang yg kedua terakhir naik.. Kikiki... muscle pain la.... Kejang kt otot peha.... Kuikuikui.... Sejuk gak kt atas bukit tuh. Kalau mlm leh mencecah suhu 18darjah la.... Agak sejuk ngn baju yg d pakai 3 lapis pun wat aku menggigil2.... Stokin 3 lapis.... Suar je selapis sbb x bwk sluar byk. Tapi ok la sbb mendaki bukit ni 1st time dlm hidup. Byk yg leh dipelajari...... Kekuatan+keyakinan+kesabaran+kepercayaan+kemahuan. Semuanya dirangkum bersama untuk mencapai satu tujuan. Akhirnya, sampai gak aku kt puncak Bukit Kutu walau pun otot peha aku kejang!!!! Hahaha... Alhamdulillah.....

Cakap banyak pun x guna, korang layan la picca kitorang di BUKIT KUTU nih.... =)














11/11/10

Qaireen dah 6 bulan.




10/10/10

Outing..... bestnye!!!!

Salam...... Huhuhu... Arie nih 10/10/10. Menarik kn tarikh nih? Hehehe.... Ape pun, semoga hujung minggu anda semuanya diisi dengan perkara2 yg menarik. Kami kt akademi leh outing. Seronok bukan kepalang tgok dak2 yg lain nih..... Outing di tempat yg berbeza. Tempat baru. Pastinya berbeza dari suasana ketika di Terengganu dulu..... Di FRAM KKB ni pastinya ramai dak2 yg outing sampai ke KL. Cukup ke masa yg di bagi tuh?? Hahaha.... 8am sampai 5pm. Kuikuikui.... Hantam la korang nk gi mne pun. Genting pun buleh maa...... Balik Johor pun boleh.. Yang x mau kua jauh2 pun ader... Kt Pekan KKB ni jer.... Tapi bolehlah sekadar kalau nak cari barang keperluan..... Alhamdulillah.....

9/18/10

eyasz kembali lagi!!

Assalamualaikum.......

Lamenye x berblog2 nih..... Rindu gak rasenye... Tapi ape kn daya, susah sikit nk online dlm akademi nih. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang terbaik dalam akademi nih.... Insya'Allah, 01 Oktober 2010 ni dah tukar tempat latihan, Akademi Bomba Kuala Kubu lak pasnih.... Huhuhuhu..... Kepada Kawan2, masih tak terlambat lagi rasanya tuk ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin".

Kepada kawan2 KB41, teruskan usaha tingkatkan prestasi dan kurangkan masalah.... Hehehehe... Selamat berjuang!!!! Dan....... "Sedia Menyelamat!!!!"

6/25/10

Salam Pemberitahuan

Assalamualaikum.......

Salam kepada semua pembaca. Huhuhu... Hari ni sye nk umumkan, blog ini hanya setakat hari ini. Selepas ini saya akan lambat lagi la tuk update. I Julai 2010 dah nk lapor diri di Wakaf Tapai. Semoga semuanya dalam keadaan baik2 jer hendakNya. Amin...... Selamat tinggal online.... Huhuhu....

Selamat tinggal Yayasan Selangor!!! Terima Kasih. Jasamu tetap dikenang. Ucapan khas buat Warga Institut Kemahiran Yayasan Selangor:

Teruskan usaha, kuatkan semangat dan mohonlah kepada Allah SWT, Mudah-mudahan Allah membantu dan merahmati IKYS seiring niat murni ingin membantu anak bangsa kita maju. Berbanggalah terhadap IKYS kerana ia adalah suatu institusi yang berjuang untuk kepentingan pendidikan melalui kemahiran. Biarlah orang lain berbangga dengan gahnya nama-nama Universiti dan Kolej, tapi biarlah IKYS berbangga kerana dapat melahirkan insan berkemahiran dan mampu menjadi insan yang berguna. Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan. Amin.....

Sesungguhnya, biarlah kita bertemu kerana Allah & berpisah juga kerana Allah. Allah lebih mengetahui dan pastinya ada hikmah daripada semua yang berlaku. Mohon ampun andai kata tersalah bicara atau terguris perasaan. Kepada Seluruh Warga Kerja IKYS, Selamat Maju Jaya!!! =)

"Semoga IKYS Sentiasa Menjadi Kebanggaan & Harapan Buat Mereka Yang Memilih Kemahiran Sebagai Cabang Meneruskan Kehidupan"

tutorial

http://www.tutorialuntukblog.blogspot.com/

6/23/10

Tinggal beberapa hari je lagi!!

Hurmmmmm…. Tinggal bape ari je lagi. Pasni nk g ganu doh. Huhuhuhuhu….. Bukannye apa, sedeh nk tinggalkan si ibu dan si kecik. Adoiiii…. Rindu nnt.. Huhuhuhu… Ntah cmne la gayanye nnt tuh…. Kalau la dapt area2 dekat kn best + syok!!!

Pe nk wat hujung minggu nehh??

Assalamualaikum.....

Lame x updated blog nih. Agak kebizian la minggu ni.... Hrmmmm.... kali ni saya rse cm nk kongsi sesuatu la. Yang leh digunapakai + makan!! Hehehe... Pernah wat Bubur Lambuk sendiri x? Kali ni sye rse nk kongsi resepi tuk wat bubur lambuk. Yeaaaahhhhhh!!!! Mari belajar.....

Bubur Lambuk

Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa

Cara-Caranya
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan daging empuk. (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris.
3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.
4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
6. Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi. Masukkan daun bawang /sup yang dihiris. Kacau.

Actually tak banyak beza dengan bubur TANPA SANTAN.


~Selamat Mencuba!!!~

6/16/10

.:Anda Sebuk ker??:.

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "INNA LILLAHI
WAINNA ILLAIHI RAJIUUN." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? ORANG YG KEDEKUT IALAH ORG YG MEMBIAR ATAU
TIDAK MAHU MEMBACA DAN BIARKAN INI BEGITU SAHAJA, MALAH DIA TIDAK MENYAMPAIKAN PULA PADA ORG LAIN.

p/s: copy paste dr blog sahabat.

6/15/10

~.::busan seyh::.~

Assalamualaikum readers........ Weeee~ =)

Hurrmmmm.... busannyer la petang neh. Soklan exam tuk sem1 ngn sem4 dan siap. Tinggal soklan sem2 je lagi neh. Alahai.... satu je nk ckp, MALAS!!! huhuhuhu... Bile ntah soklan tu nk disiapkan. Alahai..... Sungguh busan! Terase jari2 ni lebey senang tuk menulis blog nih. Mcm2 perkara yg berlaku. Tadi meeting, hrmmmm.... kesian memikirkan nasib2 kawan-kawan seangkatan di pejabat neh. Kadang2 terfikir gak, betapa kotornya permainan politik nih....

Dah2... kalau nk di ceritakan ttg tu, mau x abis yer... Harap maklum. Hihihihihihi.... =p yang nk diceritakan pd petang ni adalah tahap kebusanan sye! hehehe... busan a.k.a malas. Hahaha.... Sempat gak la snap picca2 ni.... Karang dah benti kje kt sini mne de mse nk amik gmbr kn? Orait2...... Zasssssss!!!!


[ xde spe nk tolong amik kn... sendiri je la.. huhu.. ]

[ berangan jd boss.. ko ader?? hahaha.. ]

[ bertemankan roti + cawan bunga ]

[ muka yg lapar. huhuhuhu... laparnyerrr!! ]



6/12/10

~.::Dinner Yayasan Selangor::.~

Assalamualaikum......


Malam tadi kitorang dari IKYS gi dinner kt S.alam. Kat SACC Conv. sebelah PKNS. Hmmm.... Seluruh warga kerja Yayasan Selangor turun pd mlm td bagi menghadiri Majlis Makan Malam sempena Hari Kecemerlangan Kakitangan Yayasan Selangor. Ramai gak la malam tadi. Makanan leh tahan la sedapnya.... I like soto madura!! Yummyyy..... Hehehe... Ramai gak la yang dapat penghargaan. Tapi tahniah pada geng2 AYS Sabak Bernam. Ramai yang dapat penghargaan. Tahniah!!! Gambar ni sebahagian je.... Tgok2 la ye...... Daaaa.... =)


[ yang cover muka tu suspek. Hahaha... dia mmg sll dikejar ngn paparazi ]


[ gambar kenangan sebelum meninggalkan Yayasan Selangor. Huhuhuhu.... ]


[ kak awe. yeeeaaaahhh.... ]


[ Cik Haslina tu nk amik picca spe? Hehehehe.... ]



[ masing2 muka ketat. Hahahaha.... ]



[ awek ni tgah cari coverage line phone ker??? wakakaka... ]


6/11/10

.:: Sila Perbaiki Bacaan Al-Fatihah Anda::.


Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan... Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

6/10/10

Kisah Nabi Allah

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,
Pertama : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
Kedua : engkau sembunyikan,
Ketiga : engkau terimalah,
Keempat : jangan engkau putuskan harapan,
Kelima : larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Bahan dari:- tintalughawi.blogspot.com

Student aku!!

[ dak2 sem 2_2010 ]

Dari kiri chick, hazim, ajak, yana, pa'an & iza. Diorang ni dak2 elektrik sem 2. Datang kacau tempat aku sbb diorang cakap, bosan giler... Rase nk balik mah tdo. Tertekan sbb nk exam. Konun2 la tu....



6/7/10

Rezeki anakku, Qaireen...... =)

[picca pc ku d opis wif my blog layout]

Assalamualaikum.... lamenye la aku x menulis & tak update blog nih. Hrmmmmm.... Sbbnye mcm2 nk kena buat. Kena reformat Pc di IKYS la..... Kalau sket xpe jgk tapi ni hampir 50 Pc's jgk la..... Naseb bek dah selesai semuanya. Alhamdulillah..... Tapi sepanjang bulan lepas (Mei), mmg mcm2 perkara terjadi.... Semuanya selepas kelahiran anak kami yang comel ni (Qaireen), janji Allah itu benar terhadap rezeki yang Dia kurniakan. Kami bersyukur Ya Allah!!! Pas je dpt anak, aku di naikkan pangkat ke Jawatan Eksekutif. Tak pernah terpikir lak sepantas ini, kja lom cukup 1 tahun, tapi dah dinaikkan pangkat. Kan itu dinamakan rezeki anak.... Hehehehe.....

Bulan ni punye cerita lak lain..... Bab rezeki lagi.... Aku dapat panggilan SPA. Aku lulus ujian. Aku lepas ujian penilaian individu. Aku lepas dalam interview. Dan akhirnya, Aku dapat tawaran bekerja dalam sektor awam. Yang pentingnya, Jawatan itu adalah TETAP!!! hehehehe.... Alhamdulillah.... Itulah rezeki anak aku si cilik comel, Qaireen..... =)

Insya'Allah..... 1Julai 2010 aku lapor diri di Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Marang Terengganu. Tapi semua ini ada pengorbanannya, Aku terpaksa berpisah sementara dengan isteri tersayang malah anak yg masih kecil dalam tempoh 6 bulan... "Ya Allah... Bantulah daku, berilah daku ini kekuatan untuk terus berjihad demi agama-Mu Ya Allah" Amin....
Ape pun, Ayah sayangkan Qaireen dan ibu tau!!!! Muuuaaaaaaahhhh!!!!! =)


5/14/10

Belajar Bahasa Kelantan

Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

pok-e-dèng -pepatung

5/12/10

Pantun Sakitnya Hatiku..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

5/11/10

Pantun Nasihat Membawa Berkat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

5/4/10

Qaireen

Nur Qaireen Kaiyisah

Salam... Nur Qaireen Kaiyisah telah selamat dilahirkan pada 23 April 2010 (Jumaat) pada jam 8.35 malam di Hospital Teluk Intan dengan berat 3.5kg. Alhamdulillah, ibu dan anak selamat dan sihat. Ni la ahli baru keluarga kami, Qaireen..... Senyum lebar. Lebar ker? Hehehe...

Salam perkenalan dari Qaireen!!!! =)



2/22/10

SENARAI BARANGAN HPA

Untuk mengetahui mengenai Produk keluaran HPA, sila layari:

http://hpa.com.my/produk-hpa

2/19/10

USAHAWAN HPA

Salam.... Hrmmm.. Adalah dimaklumkan di sini kami adalah usahan HPA mulai Januari 2010. Hihihi... Jadi kami akan berusaha untuk memberikan maklumat berkaitan industri HALAL. So, Agak2 korang, penting ke HALAL ni?? Insya'Allah..... Kami akan menceritakan di dalam blog ini.

Ingat!!!! Mencari yang halal itu fardhu bagi umat ISLAM.
"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu...."
(surah an-Nahl:114)


2/11/10

SALAM PERKENALAN DARI KAMI



Kitorang (eyasz+shida) saje je nk wujudkan blog ni tuk tatapan kawan-kawan baik yang kenal mahu pun baru nak mengenali kami. Saje nak berkarya di dalam blog ni. Yang penting kami jadikan blog ni sebagai wadah penyampai berita dan medium pengikat silaturahim antara korang semua. Orait?! Huhuhu...




[ 07 Jun 2009 ]

Ni pic kawen kami tahun lepas. Huhu... I'm a king!! Wakaka.. Pape pun hari itu telah berlalu pun. Sejarah2.... Haha... Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik. Ni pic kwen kt umah lelaki. Kami ni nikah gantung. 3 bulan... Tapi tak la tergantung pun. Umah dekat2. Senanye nikah 20 Mac 2009. Pada kawan2 yang datang bertandang pada tarikh 6 & 7 Jun 2009, terima kasih kami ucapkan dan pada kwn2 yg tak tersempat nk dikirim kad jemputan tu, maaf beribu-ribu maaf atas kelalaian kami. Pape pun, doakan kebahagiaan kami berdua. Insya'Allah april ni kami dah ber-3!! Yeaaaaaaaaahhhh.......... :p


 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"