Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

12/12/12

Bersawang!!!!

Assalamualaikum semua...........

Lama sangat tak menulis dalam blog nih. Bersawang disana-sini. Hahaha... Ape pun aku wish pada hangpa suma semoga sihat2 selalu hendakNya. Xde sangat yang nak dikongsikan. Biasalah, hujung2 tahun camni. kerja pun ok Alhamdulillah..... Hmmmm..... Ada sedikit perkongsian di sini. Mudah2an ada kebaikan.

MINORITI YANG BERSYUKUR

Pada zaman Sayidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata: "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!" Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.

Usai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa? (Ya Allah, masukkanlah aku dalm golongan yang sedikit!)? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah: 'Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur."
(surah al-A'raf 7:10)

Kata pemuda itu lagi: "Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalm golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim daripada kamu."

Doa yang kedengaran aneh tetapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minoriti yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar adalah kaya hati." (Riwayat al-Bukhari)








(^^)! Mari bersyukur atas nikmat yang dah Allah SWT berikan pada kita kawan2.......

10/25/12

Pasca AKRAB 2012

Assalamualaikum semua............. (^^)!




Berlangsungnya Bengkel Pasca AKRAB JBPM di Langkawi bermula 21hb hingga 24hb Oktober 2012. 26hb Oktober tu dah raya korban. Sempat lagi kn? Hahahhaaa... Alhamdulillah.... Lama tak berkunjung ke Langkawi nih. Last sekali rasanya tahun 2003 kot. Percutian Bengkel ini diadakan untuk membincangkan perancangan aktiviti dan melantik jawatankuasa baru AKRAB sesi 2013/2014. Selesai dengan jayanya. Korang layan je la gambar yer... Heheehe....


.
.
.
.
.
.

Bersama Tuan Abdullah, BKK Terengganu









10/11/12

Ada orang tersepit, tapi masih mampu berlari. Memang hebat!





Assalamualaikum semua (^^)!.......................... 

Moga2 hari ini adalah hari yang baik buat anda semua. Alhamdulillah.. Kali ini saya nak bercerita. sekadar bersembang-sembang dengan anda semua. Mengantuk sebenarnya ni... Kurang tidur. Jam 330 pagi barulah boleh terlena. Agak2nya la.... Alhamdulillah.... Usai sudah kerja-kerja menyiapkan laporan untuk dihantar ke Ibupejabat. Mudah2an 4 buah report tersebut sampai dengan selamatnya ke HQ. "Pakcik PosLaju... Hati2 yer... :D"

Terfikir juga kadang2 tu terkejar2 dalam menyiapkan sesebuah laporan apabila diminta oleh HQ. Sebenarnya tidaklah susah dalam menyediakan laporan tersebut akan tetapi semuanya bermain dengan masa. Di negeri bukan satu atau dua kes yang perlu disiasat, melibatkan beberapa kes, yang menyukarkan dan melambatkan dalam penyediaan laporan adalah keperluan mendapatkan maklumat sokongan terhadap laporan itu. Tapi tidaklah boleh hanya tahu menudingkan jari ke sana sini. Hidup toleransi perlu menjadi asas. Mudah2an saya istiqamah.




Bercerita berkaitan istiqamah ini, hati perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif. hati BOMBA kami tersentuh. (^^") Sob...sob...sob.... Terima kasih kepada yang menghargai kami dalam usaha kami menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara. Kadang2 terdengar juga bisik2 halus masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawab khususnya keperluan kami dihati masyarakat. Pandangan sesetengah individu yang kadang2 menyakitkan hati2 kami. Memang betul kami ini hanyalah insan yang "tidak penting tapi perlu" sepertimana pernah disebut2 oleh tokoh politik dan ekonomi tersohor suatu ketika dahulu dalam pembentangan belanjawan negara Malaysia. Terima kasih.... Apa2 pun buat rakan2 seperjuangan di luar sana, teruskan berbakti kepada mereka yang berada disekeliling kita kerana Allah SWT. Hidup kita ini menujuNya mudah2an Dia kasihan dan simpati ke atas kita. Implikasinya, kehidupan kita lebih bermakna, tenteram, yang paling penting hidup mendapat keberkatan dariNya. Jadi "sabar dan ikhlas" hendaklah sentiasa disemai dalam diri kita.



Sekadar halwa telinga memang sedap dan menghiburkan bila dapat mendengar lagu "Ingat 5 sebelum 5 " dendangan Kumpulan Nasyid Rabbani. Jika kita mampu mengambil pengajaran dalam setiap tingkahlaku seharian kita alangkah bagusnya.. Mari.... Kita sama2 menyanyi.... :D

.
.
.
.
.
Duhai teman dan tuan-puan
Mari kita berpesan-pesanan
Baik lelaki juga perempuan
Duduk di kampung atau di pekan

Zaman ini zamam kemajuan
Kebendaan menjadi ukuran
Hidup saling bersaingan
Jika lalai tinggal sendirian

Nabi junjungan pernah berpesan
Agar hidup ada pegangan
Semak selalu jangan lupakan
Agar tak susah di hari kemudian

Kena diingat lima perkara
Sebelum tiba lima perkara
Aaa... aaa...
Semoga hidup aman bahagia

Waktu lapang buatlah amalan
Sebelum sibuk pelbagai urusan
Isilah dengan amal kebajikan
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran

Waktu senang beringatlah
Sebelum tiba waktunya susah
Jika datang ancaman musibah
Mampu bersedia selesai masalah

Bila sihat jagalah badan
Sebelum derita sakit tak keruan
Kawallah makan untuk kesihatan
Ringan ibadah nak dikerjakan

Jika kaya bermurah hati
Dapat pahala menolong orang
Aaa... aaa...
Jikalau miskin apa pun tak ada

Waktu kita hidup di dunia
Sediakan bekalan sebelum mati
Walaupun susah banyak halangan
Tabah dan sabar Allah kan sayang

Ingat-ingat kita semua
Jangan mudah sombong diri
Insafilah pesanan ini
Untuk kita suluh diri

Semoga lembut hati kita
Untuk taat dan berbakti
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali

.
.
.
.

Sesungguhnya, kita hendaklah sentiasa berserah diri kepadNya. Ya Allah.... Mudahkan urusanku dan lindungilah ahli keluargaku Ya Allah..

10/9/12

Puteri hati


Assalamualaikum semua (^^)!......................

Perkenalkan dua orang puteri kami. Hehehe... Yang kakak ni dah 2 tahun 5 bulan dah. Alhamdulillah.... Besar dah anak ayah. Yang adik ni kalau orang tak tanya, orang akan ingat anak lelaki. Hehehe... Camtu la jugak kakaknya dulu.. Masa kecik muka cam lelaki. Dah besar ikut muka mak dia. Si adik ni namanya Nur Fatanah Hasya. Lahir bulan Mei tadi sempena hari guru. So, Hari Guru juga adalah Hari Lahir Hasya... 



Tengok betul-betul... Hensem kan? Hehehe... Hasya kecik lagi. Muka memang cam lelaki. Nanti dah pakai tudung cantik la.... Sekarang ni dia batuk-batuk. Janganlah demam. Nak pandai apelah agaknya. Mudah2an Anak-anak ayah dalam lindungan Allah hendakNya. Ayah jauh kerja di pantai timur. Maaf ye sebab xde disisi...













p/s: mood rindu anak-anak..............

Muhasabah

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ....................(^_^)!

Al-kisahnya.....
 
Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut bertanya kepada budak tersebut:

Orang tua :  Mengapa kamu menangis?
Budak :   Duit saya hilang.
Orang tua :   Berapa jumlah duit kamu yang hilang?
Budak :   50 sen pakcik.. (masih terus menangis)

Kerana kasihan melihat budak itu terus menangis, lelaki tua tersebut menyeluk poketnya dan memberikan syiling 50 sen kepada budak tersebut.    

Orang tua :   Nah, ini sebagai ganti duit kau yang hilang! Sudah, jangan menangis lagi. (memujuk dan terus memujuk)

Namun, lelaki tua tersebut berasa aneh apabila mendengar tangisan budak itu semakin kuat. Dia berasa sungguh pelik. (sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal)

Orang tua :   Apa pula kali ini? Bukankah duitmu telah pakcik ganti?
Budak :   Kerana itulah saya menangis pakcik. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya ada seringgit sekarang. Tapi kini cuma ada 50 sen saja.

Budak tersebut terus menangis lalu meninggalkan orang tua itu terpinga-pinga keseorangan.


Pengajaran (^^)........

Hitunglah kesyukuran bukan kesukaran. Bersyukur akan membanyakkan nikmat yang sedikit, menyelamatkan daripada kekufuran, merapatkan hubungan dengan Allah dan sesama insan dan akan melahirkan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. 

Orang yang bersyukur ialah orang yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan. Dan orang tersebut sahajalah yang sanggup memberi. Manakala orang yang sentiasa merasakan serba kekurangan tidak akan mampu memberi. Hanya apabila manusia memberi barulah segala yang ada dalam kehidupannya akan menjadi subur. Ingatlah, kejayaan, kekayaan, kebahagian dan ketenangan hamba yang bersyukur akan digandakan.

Lihatlah betapa indahnya perumpamaan yang Allah nyatakan dalam al-Quran bagi hambaNya yang sudi memberi, maksudnya :

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui." - Surah al-Baqarah 2:261

Bersyukurlah, nescaya kehidupan dunia dan akhirat kita menjadi subur........


 



p/s : Mudah2an kita boleh ambil pengajaran bersama. :D
 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"