Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

12/12/12

Bersawang!!!!

Assalamualaikum semua...........

Lama sangat tak menulis dalam blog nih. Bersawang disana-sini. Hahaha... Ape pun aku wish pada hangpa suma semoga sihat2 selalu hendakNya. Xde sangat yang nak dikongsikan. Biasalah, hujung2 tahun camni. kerja pun ok Alhamdulillah..... Hmmmm..... Ada sedikit perkongsian di sini. Mudah2an ada kebaikan.

MINORITI YANG BERSYUKUR

Pada zaman Sayidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata: "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!" Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.

Usai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa? (Ya Allah, masukkanlah aku dalm golongan yang sedikit!)? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah: 'Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur."
(surah al-A'raf 7:10)

Kata pemuda itu lagi: "Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalm golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim daripada kamu."

Doa yang kedengaran aneh tetapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minoriti yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar adalah kaya hati." (Riwayat al-Bukhari)








(^^)! Mari bersyukur atas nikmat yang dah Allah SWT berikan pada kita kawan2.......

2 comments:

Unknown said...

salam singgah .... dah follow n tinggal jejak
http://bingkisanrosey.blogspot.com/

john said...

Are you facing withdraw address error in Blockchain? If you have sent your coins to a wrong address, Blockchain will not receive those coins. To get resolve this withdraw address error, you can get in touch with the elite professionals who will resolve your issue immediately and also tell the root-cause behind it. You can approach the experts by dialing accessible Blockchain Support Phone Number 1-800-665-6722 anytime and from any area around the globe and get your issues or bugs resolved.

Post a Comment

Tahniah kerana 'mengomen' hehehe...

 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"