Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

6/25/10

Salam Pemberitahuan

Assalamualaikum.......

Salam kepada semua pembaca. Huhuhu... Hari ni sye nk umumkan, blog ini hanya setakat hari ini. Selepas ini saya akan lambat lagi la tuk update. I Julai 2010 dah nk lapor diri di Wakaf Tapai. Semoga semuanya dalam keadaan baik2 jer hendakNya. Amin...... Selamat tinggal online.... Huhuhu....

Selamat tinggal Yayasan Selangor!!! Terima Kasih. Jasamu tetap dikenang. Ucapan khas buat Warga Institut Kemahiran Yayasan Selangor:

Teruskan usaha, kuatkan semangat dan mohonlah kepada Allah SWT, Mudah-mudahan Allah membantu dan merahmati IKYS seiring niat murni ingin membantu anak bangsa kita maju. Berbanggalah terhadap IKYS kerana ia adalah suatu institusi yang berjuang untuk kepentingan pendidikan melalui kemahiran. Biarlah orang lain berbangga dengan gahnya nama-nama Universiti dan Kolej, tapi biarlah IKYS berbangga kerana dapat melahirkan insan berkemahiran dan mampu menjadi insan yang berguna. Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan. Amin.....

Sesungguhnya, biarlah kita bertemu kerana Allah & berpisah juga kerana Allah. Allah lebih mengetahui dan pastinya ada hikmah daripada semua yang berlaku. Mohon ampun andai kata tersalah bicara atau terguris perasaan. Kepada Seluruh Warga Kerja IKYS, Selamat Maju Jaya!!! =)

"Semoga IKYS Sentiasa Menjadi Kebanggaan & Harapan Buat Mereka Yang Memilih Kemahiran Sebagai Cabang Meneruskan Kehidupan"

tutorial

http://www.tutorialuntukblog.blogspot.com/

6/23/10

Tinggal beberapa hari je lagi!!

Hurmmmmm…. Tinggal bape ari je lagi. Pasni nk g ganu doh. Huhuhuhuhu….. Bukannye apa, sedeh nk tinggalkan si ibu dan si kecik. Adoiiii…. Rindu nnt.. Huhuhuhu… Ntah cmne la gayanye nnt tuh…. Kalau la dapt area2 dekat kn best + syok!!!

Pe nk wat hujung minggu nehh??

Assalamualaikum.....

Lame x updated blog nih. Agak kebizian la minggu ni.... Hrmmmm.... kali ni saya rse cm nk kongsi sesuatu la. Yang leh digunapakai + makan!! Hehehe... Pernah wat Bubur Lambuk sendiri x? Kali ni sye rse nk kongsi resepi tuk wat bubur lambuk. Yeaaaahhhhhh!!!! Mari belajar.....

Bubur Lambuk

Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa

Cara-Caranya
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan daging empuk. (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris.
3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.
4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
6. Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi. Masukkan daun bawang /sup yang dihiris. Kacau.

Actually tak banyak beza dengan bubur TANPA SANTAN.


~Selamat Mencuba!!!~

6/16/10

.:Anda Sebuk ker??:.

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "INNA LILLAHI
WAINNA ILLAIHI RAJIUUN." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? ORANG YG KEDEKUT IALAH ORG YG MEMBIAR ATAU
TIDAK MAHU MEMBACA DAN BIARKAN INI BEGITU SAHAJA, MALAH DIA TIDAK MENYAMPAIKAN PULA PADA ORG LAIN.

p/s: copy paste dr blog sahabat.

6/15/10

~.::busan seyh::.~

Assalamualaikum readers........ Weeee~ =)

Hurrmmmm.... busannyer la petang neh. Soklan exam tuk sem1 ngn sem4 dan siap. Tinggal soklan sem2 je lagi neh. Alahai.... satu je nk ckp, MALAS!!! huhuhuhu... Bile ntah soklan tu nk disiapkan. Alahai..... Sungguh busan! Terase jari2 ni lebey senang tuk menulis blog nih. Mcm2 perkara yg berlaku. Tadi meeting, hrmmmm.... kesian memikirkan nasib2 kawan-kawan seangkatan di pejabat neh. Kadang2 terfikir gak, betapa kotornya permainan politik nih....

Dah2... kalau nk di ceritakan ttg tu, mau x abis yer... Harap maklum. Hihihihihihi.... =p yang nk diceritakan pd petang ni adalah tahap kebusanan sye! hehehe... busan a.k.a malas. Hahaha.... Sempat gak la snap picca2 ni.... Karang dah benti kje kt sini mne de mse nk amik gmbr kn? Orait2...... Zasssssss!!!!


[ xde spe nk tolong amik kn... sendiri je la.. huhu.. ]

[ berangan jd boss.. ko ader?? hahaha.. ]

[ bertemankan roti + cawan bunga ]

[ muka yg lapar. huhuhuhu... laparnyerrr!! ]



6/12/10

~.::Dinner Yayasan Selangor::.~

Assalamualaikum......


Malam tadi kitorang dari IKYS gi dinner kt S.alam. Kat SACC Conv. sebelah PKNS. Hmmm.... Seluruh warga kerja Yayasan Selangor turun pd mlm td bagi menghadiri Majlis Makan Malam sempena Hari Kecemerlangan Kakitangan Yayasan Selangor. Ramai gak la malam tadi. Makanan leh tahan la sedapnya.... I like soto madura!! Yummyyy..... Hehehe... Ramai gak la yang dapat penghargaan. Tapi tahniah pada geng2 AYS Sabak Bernam. Ramai yang dapat penghargaan. Tahniah!!! Gambar ni sebahagian je.... Tgok2 la ye...... Daaaa.... =)


[ yang cover muka tu suspek. Hahaha... dia mmg sll dikejar ngn paparazi ]


[ gambar kenangan sebelum meninggalkan Yayasan Selangor. Huhuhuhu.... ]


[ kak awe. yeeeaaaahhh.... ]


[ Cik Haslina tu nk amik picca spe? Hehehehe.... ]



[ masing2 muka ketat. Hahahaha.... ]



[ awek ni tgah cari coverage line phone ker??? wakakaka... ]


6/11/10

.:: Sila Perbaiki Bacaan Al-Fatihah Anda::.


Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan... Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

6/10/10

Kisah Nabi Allah

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,
Pertama : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
Kedua : engkau sembunyikan,
Ketiga : engkau terimalah,
Keempat : jangan engkau putuskan harapan,
Kelima : larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Bahan dari:- tintalughawi.blogspot.com

Student aku!!

[ dak2 sem 2_2010 ]

Dari kiri chick, hazim, ajak, yana, pa'an & iza. Diorang ni dak2 elektrik sem 2. Datang kacau tempat aku sbb diorang cakap, bosan giler... Rase nk balik mah tdo. Tertekan sbb nk exam. Konun2 la tu....



6/7/10

Rezeki anakku, Qaireen...... =)

[picca pc ku d opis wif my blog layout]

Assalamualaikum.... lamenye la aku x menulis & tak update blog nih. Hrmmmmm.... Sbbnye mcm2 nk kena buat. Kena reformat Pc di IKYS la..... Kalau sket xpe jgk tapi ni hampir 50 Pc's jgk la..... Naseb bek dah selesai semuanya. Alhamdulillah..... Tapi sepanjang bulan lepas (Mei), mmg mcm2 perkara terjadi.... Semuanya selepas kelahiran anak kami yang comel ni (Qaireen), janji Allah itu benar terhadap rezeki yang Dia kurniakan. Kami bersyukur Ya Allah!!! Pas je dpt anak, aku di naikkan pangkat ke Jawatan Eksekutif. Tak pernah terpikir lak sepantas ini, kja lom cukup 1 tahun, tapi dah dinaikkan pangkat. Kan itu dinamakan rezeki anak.... Hehehehe.....

Bulan ni punye cerita lak lain..... Bab rezeki lagi.... Aku dapat panggilan SPA. Aku lulus ujian. Aku lepas ujian penilaian individu. Aku lepas dalam interview. Dan akhirnya, Aku dapat tawaran bekerja dalam sektor awam. Yang pentingnya, Jawatan itu adalah TETAP!!! hehehehe.... Alhamdulillah.... Itulah rezeki anak aku si cilik comel, Qaireen..... =)

Insya'Allah..... 1Julai 2010 aku lapor diri di Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Marang Terengganu. Tapi semua ini ada pengorbanannya, Aku terpaksa berpisah sementara dengan isteri tersayang malah anak yg masih kecil dalam tempoh 6 bulan... "Ya Allah... Bantulah daku, berilah daku ini kekuatan untuk terus berjihad demi agama-Mu Ya Allah" Amin....
Ape pun, Ayah sayangkan Qaireen dan ibu tau!!!! Muuuaaaaaaahhhh!!!!! =)


 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"