Subscribe

RSS Feed (xml)

Dijana oleh

Direka Khas Untuk:
Elyas's Family

Powered by Blogger

2/27/12

Apakah perasaan anda???

Assalamualaikum semua............ (^^)!

Sedikit sedutan dan berita di Syria. Sangat jarang kita dengar perkara yang sebenarnya berlaku di sana sekarang. Semoga rakyat Syria yang berjuang syahid di jalan Allah.
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Di Syria, yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan* dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar.

*Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 :
“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

sumber : http://ikram.org.my


2/26/12

Anda di pihak mana??

Assalamualaikum semua.........(^^)!

Nak kongsi cerita pada uoll's!!! Baca dan fahami okey...... ngeeeee~


Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..


Artikel ni terkona batang idung eden... klo korang kene jugak, Klik "share" jika anda sayangkan palestin dan umat islam~

Takbir!!!!

Assalamualaikum semua........... (^^)!

Bagaimana dengan jihad anda hari ini? Apeekebendanya jihad pepagi lagi dh tanya nih?? Huhuhu.... Anda layanlah lagu ini dan cubalah hayati maksud2nya... Apa anda buat di sini? Mereka sudah buktikan....






Mungkin anda boleh buat dengan ini????
v
v
v
v
v
v











p/s : Mampukah kita kalau kita berada di tempat mereka??? Selamatkan mereka Ya Allah!! Tq CB untuk pagi ini.... :D

2/25/12

Kenduri kawen!! Merah menyala kau jah!!!

Assalamualaikum semua.................. (^^)!

Fuhhh.... Hangat sungguh ari nih.. Entri kali ni nak bercerita sedikit mengenai memenuhi jemputan si pengantin baru, Wan Mohd Tarmizi bin Jusoh dan pasangannya. Tahniah bro!! :D Alhamdulillah.... Merah menyala kau jah!! Hahaha.. Tema si pengantin baru iaitu merah. Diadakan di dewan serbaguna Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Serba sedikit mengenai si pengantin lelaki. Aku kenal dia nih masa sama2 kursus anjuran IIM (Institut Integriti Malaysia) dengan kerjasama Petronas di Setiu. Program TAZAIC. (Tun Azizan Zainal Abidin Integrity Cercle). Kami ini adalah alumni TAZAIC 10 melibatkan beberapa agensi korporat di Malaysia dengan JPBM diwakili oleh aku sendiri.

InsyaAllah.... Gambar pengantin akan menyusul. Nk balik dulu.

.
.
.
.
.
to be continue, insyaAllah.

2/23/12

Anda seme-seme tak??

Assalamualaikum semua..................... (^^)!


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu". Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:

Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin". Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:


1.Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.


3.Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.


4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah", dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan"Yarhamukallah".


5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.












p/s: Alhamdulillah...... gatalnya hidung nih.. huhuhuhu...

2/22/12

Kenangan Bersama

Assalamualaikum semua............... (^^)!



Hari ni badan ada kurang tenaga. Gangguan selsema dan juga sedikit keperitan ditekak memungkinkan rasa untuk demam. Ahhh.... Jangan dilayankan sangat. Tapi agak lama jugak tak demam2 nih. Sabar dan redha... Ada hikmahnya...

Tadi jenjalan kat photobucket.com then terjumpa lak gambar nih. Teringat lak kat korang yang de dalam gambar nih. Masing2 dah ade kerjaya dan komitmen. Alhamdulillah... Suke bila difikirkan... Kenapa? Alaa... Sukerrr rr!!
(ok. sila tampar saya) :p

[ Loy, Zura, Salina, Elyas, Dieba, Eles, Fara dan Misna ]


Terima kasih kepada mereka di atas...... Cikgu Tamojo a.k.a Loy. Anda sudah berumur berapa sekarang?? Hehehe... (sila pastikan anda sentiasa awet muda yer...) :p Zura... Bila ko nak kawen?? Soklan yang selalu aku tanye pada dia. Jawapan dia adalah, "aku tunggu kak dieb". Rase macam tak menjawab soklan lak aku rasa... Hahahahahaaa... Pn. Salina sudah ada BB comel. Begitu juga Pn. Eles. Banyakkan bersabar dan tawakal kepada Allah jika anda berjauhan dengan Ahmad Amirul Aqeef anda yer... :D Cik Dieba, Cik Fara dan Cik Misna. Anda bila Lagi? Hihihihi.....

Memori sepanjang menjadi pelajar di Universiti Utara Malaysia memang menyeronokkan.... Xde nk pikir kna kerja. Gi kelas, main, siapkan esemen then tido. (yg byk tu rasenye tido) Hahaha.... Alahai.... Besa la.. Student. Memang kuat tidorrr maaa....

Wahab sedang cuba 'menakel' awek berbaju hijau... Jauh merajuknya tuh! Hahahhaaa... Yang diketahui dua daripada mereka telah menggalas Master dengan jayanya. Alhamdulillah dan tahniah..... Doakan kami yang belum ada ini untuk ada suatu masa nanti. Sob...sob...sob.... (^^")






p/s: Bile la leh sambung belaja buat Master nih. Hhuhuhu....

2/21/12

Memang menyeronokkan!! Osem...

Assalamualaikum semua..... (^^)!

Salam sayang.. Hikhikhik... Berbunyi gedik. Hahaha... Sayang sesama muslim. Mudah2an korang semua sentiasa sihat. Alhamdulillah.... Sekarang ni aku dah kerja. Tetap pulak tu. Semua itu adalah rezeki yang Allah telah beri kepada aku dan seluruh keluargaku. Hmmmm... Syukur Ya Allah. Atas nikmat-Mu. Kerja sebagai Bomba, langsung tak pernah terpikir sikit pun tidak. Dulu2 cikgu kat sekolah tya la pasal cita2 langsung xde dalam kamus ckp nk jadi bomba bila dah besar nanti. Teetttt... Tak pernah. Siyess... Tak pernah!

Pengalaman sepanjang menjadi pelatih bomba adalah sgt2 menyeronokkan dan penuh dengan keterujaan. (betullll taw. x tipu!! :p) Bukan hanya pada denda2nya akan tetapi pada segala aktiviti yang perlu dilaksanakan. Huhuhuhu.... Sungguh la Osem!!! Aktiviti wajib seperti SAR, BA, CFBT, Kawad dll. Aktiviti luar mmg menyeronokkan. Ini sebahagian gambar sepanjang 10 bulan menjadi pelatih bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu dan juga Wakaf Tapai Terengganu.

*Layang jer la....
(bhsa ganu kut. Layang = Layan) hahahahaaa....

[ Projek Jiwa Murni Perdana. Projek yang diketuai oleh aku!! Yeeaaayyy... ]




[ Aktiviti di Jambatan Peretak, Kuala Kubu Bharu, PPON N9 diapit oleh dak2 Forensik. Hikhikhik ]



[ Melapah daging. Weee..... Tn. John bersungguh. Tn. Firdaus apehal lu? Senget sudah.. Hhahaa ]



[ Paluan berundur Ketua Pengarah di JBPM Putrajaya ]




[ Pendakian dan menawan Bukit Kutu ]












p/s: Memang la osem!! Tp kalau tye xde spe yg sanggup nk masuk rekrut blk. Hahahhaaa....

2/19/12

Anda suka tak?? Saya suka...Saya suka!!



Assalamualaikum semua....... (^^)!

Bgaimana korang hari ini? Sihat? Bersemangat? Hehehe... Alhamdulillah... Anda suka tak pada lagu? Kenapa? Hmmm..... Saya suka...Saya suka!!! (sila buat bunyi mcm meimei yg buat). Apa kata anda biasakan dengan Dikir Zikir. Ini juga hiburan apa.... :D

Layan ni juga tau.... Semoga anda terhibur. Mudah2an ada ganjarannya. Jangan layan hiburan sehingga melalaikan yer.... ;D











p/s: Teringat zaman belajar di 'U' dulu.. Nasyid sentiasa dihatiku. Hmmmm.... Damainya...

2/17/12

Ucapan khas!!


Selamat Hari Lahir Siti Haja Ahmad Jais


Assalamualaikum semua.... (^^)!



Haa.... Nape? Pelik? Hehehe.... Entri ini khas untuk kawan kami bernama Siti Haja binti Ahmad Jais. Ucapan ikhlas ini daripada kami sekeluarga, (elyas+qaireen+shida). Semoaga Panjang umur dan diberkati umurnya, dimurahkan rezeki dengan pintu rezeki yang dibukakan oleh Allah seluas-luasnya, dipertemukan jodohnya dengan seseorang yang mampu membimbingnya di atas landasan yang diredhaiNya dan dikurniakan kesihatan yang baik agar mampu menghambakan diri kepada Allah seumur hidupnya.... Amin....
















p/s: Bile nak mai t'ganu makcik jaja?? Ngeeeeeeee~

2/15/12

Kaki macam tercabut jer...

Assalamualaikum semua.......... (^^)!

Hai... Dah solat? Dah makan? Sihat ari nih? Hee.... Penatnya hari nie.... (mcm la penat sgt) hahaha.... Ari ni kami reramai telah membowlingkan diri Di TER Kuala Ibai. 1st time sampai kat tempat tuh. Boleh tahan la....

Main bowling?? Hahaha... Bukan reti sangat pun. Sekadar memain melepaskan rasa gian
(aku bukan penagih tau!) Ala... Haruslah kalah. Asyik no last jer. huhuhuhu....

Ni antara sebahagian gambar yang diambil semasa berlangsungnya pertandingan 'ten pin' bowling di TER. Hahaha...
v
v
v
v
v


[cam kenal je baju hijau nih?!]
p/s: ok... korang boleh kate ape je. hhahahaaa....


[Tn.Timb.Pengarah sedang merasmikan]
p/s: boleh tahan tuan ridzuan main. No. 5 tuh. :D



[pe la yg en Ismail buat tu? Pok ya naik pangkat ker??]



[geng latihan sebelum mengganas!! hahaha...]



[ sedia....1, 2, 3 .....]



[cik dayah juara kategori wanita]
p/s: Mne hamper tuhh?? Open table la.... Hahahaaaa....














p/s: Menang atau kalah tu adat. Tapi kalau asyik kalah jer, apecer!! Hehehe... :p

2/14/12

Seronok ker??

Assalamualaikum semua....... (^ ^)!

Ape yang seronoknyer?? Hahaha... Ape2 je la... :p Jadi Bomba?? Forensik gitu.... Huhuhu... Seronok?? Ala... Semua kerja sebenarnya seronok jika hati kita betol2 suka dengan kerja tu.... Kerja aku kt Peladang (PPK Sg Besar) lagi seronok uuuuuuuu.... :p (yang pastinya, kerja yang halal itu sudah tentu menyeronokkan). :D

Akhir2 nie, dalam media massa telah menunjukkan bahawa masyarakat telah diperlihatkan akan fungsi JBPM dalam tugasnya melakukan penyiasatan kebakaran untuk menentukan sebab akibat sesuatu punca kebakaran. Jadi, saya bangga menjadi warga JBPM tambah2 melakukan kerja CSi neh... Ngeeee~




p/s : pernah jumpe mayat rentung. huhuhuhu.....

2/8/12

Februari?? Eleh....


Assalamualaikum semua (^^)!

Hey semua2... Ape khabar ek? Semoa Allah memberikan kesihatan dan kebaikan buat diri anda dan juga keluarga. Mudah2an semuanya dalam keadaan yang terbaik.... (sambil wat tangan cam to'abah) hehehe.... Bulan Februari??? Pekeheynyerr?? Ahh... Lantaklah.... :p

Tue...tu...tue.... Dah tgok ke?? Haram tau tuk orang Islam. Takyah la kome2 tu nk nyambut hari merepek bagai. Kasih sayang?? Celah mana kasih sayangnye........ Try kire 9 bulan lepas tarikh tu, kite tgok statistik anak tidak sah taraf lahir ke muka bumi ni. Ade sape2 yang perasan tak?? Cam meningkat jer... Selain tarikh 14 Februari ni, tarikh sempena ambang merdeka dan juga tahun baru pun menjadi pilihan. Akhir zaman..... Teruk dah kita ni. Jangan tuding2 jari taw... Tak elok.....

Persoalannya, apakah tindakan kita sebagai orang yang setiap harinya mengucapkan kalimah syahadah?? Jadilah seorang muslim yang sentiasa perihatin atas agamanya. Saya mengingatkan diri saya sendiri.... Bangunlah wahai saudara2ku... Lakukanlah amal ma'aruf nahi mungkar.... KITA TENTANG!!!!! (semangat nih...)



p/s: Time jahil dulu pun aku de sambut. Huhuhu... Ya Allah!! Ampunilah aku.... (sob..sob...sob...)
 

menuju Allah

menuju Allah
[perjalanan masih jauh anakku]

perhatian semua!! ini adalah harapanku

Boikotlah Produk-produk Rejim Zionis dan Sekutu-sekutunya. Ingatlah kata-kata ini,
"Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-bank Perdagangan, Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakkannya Dimiliki Oleh Orang-orang Yahudi!!!"